GDANSK, Poland - Mesut Özil berhasrat untuk menambah kekecewaan
England sekiranya skuad kendalian Roy Hodgson itu bertemu Jerman pada
saingan separuh akhir Euro 2012.
Jerman berjaya mara ke separuh akhir setelah menewaskan Greece 4-2 di Stadium Nasional awal pagi semalam.
Kedua-dua musuh tradisi itu akan bertemu sekali lagi pada aksi separuh akhir sekiranya skuad The Three Lions berjaya menewaskan Itali awal pagi esok.
Özil berkata: "Bagi kami, tidak penting siapa yang bakal menjadi lawan nanti, sama ada England atau Itali.
"Kami mahu beraksi pada final dan kami akan melakukan apa saja bagi memastikan ia terlaksana."
England mengharap peluang untuk menebus kekalahan 1-4 kepada Jerman
pada Piala Dunia 2010 serta kekalahan menerusi sepakan penalti pada aksi
separuh akhir Euro '96 di Wembley.
Sementara itu, kapten Jerman, Philipp Lahm yang menjaringkan gol pertama pasukan itu pada minit ke-39 berkata:
"Kami sebenarnya menyusahkan diri sendiri. Kami mencipta banyak
peluang gol dan berjaya mendahului tetapi kami lepaskan peluang tersebut
sekali lagi.
"Apa pun kami masih boleh berasa gembira kerana kami telah mencipta banyak peluang gol dan kini mara ke separuh akhir." - Agensi
No comments:
Post a Comment