REMY...baru sembuh daripada demam panas
KUALA LUMPUR: “Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan
saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin
hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak
atau Remy Ishak, 30.
Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman
twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon
berkenaan dikatakan meninggal dunia.
Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan
sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian
seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan
dengan dirinya.
“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi
(petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada
pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia
sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya
masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.
No comments:
Post a Comment