KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok,
Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang
pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam
lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan
remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum
mengambil sebatang cota.
Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke
sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama
abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan
20-an.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani,
berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala
dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam
keadaan kepalanya berlumuran darah.
Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah
yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan
guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.
“Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di
kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu
pada petang kejadian.
No comments:
Post a Comment