Jom Buat Duit

Sunday 24 June 2012

Aishwarya mahu berlakon walaupun gemuk

SETELAH hampir tujuh bulan berehat daripada dunia lakonan, aktres Aishwarya Rai memutuskan untuk kembali dalam dunia glamor tidak lama lagi.
Biarpun pelakon filem Devdas itu dikritik hebat kerana masih gemuk setelah melahirkan anak pertamanya pada November tahun lalu, namun Aishwarya tetap mahu kembali.
Sumber rapat ibu kepada Aaradhya Bachchan itu memberitahu sawfnews.com bahawa dia kini sedang melakukan persiapan akhir sebelum melangkah dalam dunia hiburan.
"Aishwarya bakal kembali tidak lama lagi. Dia kini sedang membaca skrip untuk mempertimbangkan tawaran berlakon tersebut. Selepas ini dia akan berjumpa dengan beberapa orang pengarah untuk berbincang tentang tawaran tersebut," kata sumber itu.
Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan bahawa Aishwarya berhasrat menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia juga enggan mengupah penjaga untuk mengasuh anak perempuannya itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters