Jom Buat Duit

Wednesday, 20 June 2012

Sepanyol mula lega


CASILLAS berasa lega selepas Sepanyol berjaya melepasi halangan pertama.


GDANSK, Poland - Kapten, Iker Casillas mengakui, kemenangan tipis Sepanyol ke atas Croatia pada aksi terakhir Kumpulan C awal pagi semalam telah berjaya meringankan beban pemain-pemain skuad La Roja itu.
Sepanyol terpaksa menanti sehingga minit ke-88 sebelum menjamin tempat ke suku akhir hasil jaringan Jesus Navas.

Jaringan lewat pemain gantian itu akhirnya membantu Sepanyol muncul juara kumpulan, sekali gus menyelamatkan maruah juara bertahan tersebut pada kempen di Ukraine dan Poland ini.
"Saya rasa ia satu perlawanan yang sengit, namun ia sesuatu yang biasa kerana apa yang paling penting ialah melangkah ke pusingan kalah mati," kata penjaga gol Sepanyol itu.

"Croatia telah bersedia sepenuhnya menghadapi kami. Mereka memberi kesukaran kepada kami untuk mencipta peluang dan bertahan dengan baik.
"Akhirnya kami bernasib baik juga kerana mendapat gol pada hujung permainan. Saya rasa seperti beban di bahu kami telah hilang."

Sementara itu, penjaring gol kemenangan, Navas berkata: "Croatia merupakan lawan yang hebat dan mereka berjaya menyamai tahap permainan kami.
"Mereka mengawal pemain kami dengan baik, sekali gus menyukarkan kami menembusi pertahanan mereka.
"Apa pun, kami berjaya juga berjuang sehingga meraih kemenangan. Semua pemain telah berusaha keras dalam perlawanan ini.
"Kami sentiasa mahu kemenangan. Itulah kepercayaan kami dan itulah apa yang kami mahukan." - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters