EMBOL (depan) bersama penduduk kampung mula membuat persiapan untuk memburu Bujang Sebelak di Saratok semalam.
SARATOK - Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol
Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad
untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi
melunaskan dendam antara mereka.
Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai
Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur
lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak.
"Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).
"Saya mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak
perempuan saya kehilangan ibu mereka," tegasnya ketika ditemui di sini
kelmarin.
Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi
menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di
Sungai Sebelak sejak tahun 2010.
No comments:
Post a Comment