AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali
pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar
hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra
Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.
Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P.
Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur
mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur
seratus peratus.
Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang,
Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi
terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri
Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus
menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum
mencucuh api.
"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat
menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya
terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.
No comments:
Post a Comment