Gelaran 'Wanita Terseksi di Dunia' kini menjadi milik
bintang Bollywood Priyanka Chopra, menurut hasil kaji selidik yang
dibuat oleh majalah mingguan Eastern Eye.
Kemenangan aktres berumur 30 tahun itu juga berjaya meletakkan saingan
hebat seperti Kareena Kapoor di tangga kedua, diikuti pula dengan
Katrina Kaif yang berada di tempat ketiga.
Tahun 2012 jelas merupakan sebuah tahun yang bertuah buat aktres jelita
ini kerana selain meraih kemenangannya itu, kejayaan yang menjadi milik
beliau termasuklah membintangi filem popular "Agneepath" sebagai watak
utama dan "Barfi!" yang tercalon dalam Oscars, serta berpeluang
menyebarkan sayapnya di dunia muzik antarabangsa dengan membuat
kolaborasi bersama Will.i.Am.
"Saya rasa berbesar hati dengan hal ini. Siapa tidak mahu mendapat
gelaran tersebut! Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang mengundi
saya," kata beliau.
Penyunting Eastern Eye, Asjad Nazir, yang membuat senarai tersebut dan
merupakan ketua perjurian percaya bahawa pencapaian Priyanka pada tahun
ini besar kemungkinan mampu membawa beliau ke medan Hollywood pada tahun
2013.
"Priyanka banyak terlibat dengan pelbagai jenis projek pada tahun ini.
Di samping itu, beliau juga sering mendekati peminat secara online,
membuatkan tuahnya semakin bertambah. Sebab itu beliau berupaya
mengalahkan bintang pop, personaliti televisyen, model dan bintang filem
yang lain," jelas Asjad.
No comments:
Post a Comment