RENTETAN gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus
mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang,
memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan
di sebuah rumah di Klang.
KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri
lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila
dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera
telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin
di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian
dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya
sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad
berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah
di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan
serta kepalanya.
Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.
KOSMO
Lihat Video yang terseber dalam Youtube
No comments:
Post a Comment