Jom Buat Duit

Tuesday, 4 December 2012

Cabul pesakit dalam klinik

JOHOR BAHRU – Seorang doktor pakar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul pesakitnya Oktober lalu.

Ballan Kannan, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias atas tuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun keseksaan. Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebat.

Mengikut pertuduhan, doktor dari sebuah hospital pakar perubatan swasta di sini itu didakwa menggunakan kekerasan dan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal yang berusia 34 tahun.

Tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah klinik di tingkat tiga Hospital Pakar Johor, Jalan Abdul Samad di sini antara pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 19 Oktober lalu.
Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters