BEKAS peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, semalam.
Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata,
“Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby
juga sihat.”
Farah AF2, 27, yang terkenal dengan ‘trademark’ Breep Breep mendirikan
rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15
Julai tahun lalu.
Selain bidang nyanyian, Farah juga terlibat dalam bidang pengacaraan
dengan menjadi pengacara bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
No comments:
Post a Comment