TOKYO – Seorang wartawan Jepun, Mika Yamamoto terbunuh ketika membuat
liputan di kawasan Aleppo, Syria yang berhadapan dengan pergolakan.
Kementerian Jepun hari ini mengesahkan kematian Mika, 45, yang merupakan koresponden perang bagi agensi berita Japan Press.
Mika dilaporkan membuat liputan bersama seorang rakan sekerja ketika
terbunuh. Bagaimanapun belum diketahui bagaimana dia terbunuh.
Mayat wartawan itu telah diterbangkan ke Turki sebelum dibawa pulang ke Jepun.
Wartawan itu pernah membuat liputan perang di Afghanistan selepas 2001
dan ketika Amerika Syarikat (AS) menceroboh Iraq pada 2003 sebagai
koresponden khas bagi NTV.
Satu klip video yang diposkan di YouTube semalam oleh seorang aktivis
di Syria menunjukkan mayat seorang wanita yang ditutup dengan selimut
dengan hanya wajahnya kelihatan.
Seorang wartawan Associated Press yang pernah bekerja dengan Mika dan menonton klip video itu mengesahkan identitinya.
Dalam klip video itu, Kap Ahmed Ghazali, seorang pejuang di Azaz,
bandar utara Syroa berkata, Mika terbunuh di barat daya Aleppo.
No comments:
Post a Comment