Jom Buat Duit

Monday 20 August 2012

Dua pemuda kaki pecah rumah dicekup

KUALA TERENGGANU – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Dua pemuda yang sememangnya diburu polis berkaitan kes pecah rumah sekitar Kuala Terengganu dan Chabang Tiga, akhirnya tewas di tangan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kedua-dua pemuda tersebut berjaya dicekup di Wakaf Beruas, kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.

“Kita juga berjaya merampas pemutar skru dan perkakas pecah rumah lain yang dipercayai digunakan mereka untuk aktiviti jenayah.

“Kita percaya, penangkapan kedua-dua suspek akan berjaya menyelesaikan tidak kurang tiga kes pecah rumah. Siasatan terhadap mereka masih diteruskan dan kita akan dapatkan reman terhadap mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Zamri berkata, pihaknya berjaya membuat tiga lagi tangkapan dan rampasan mercun serta bunga api dalam tiga kejadian berasingan.

Dalam tangkapan pertama, seorang pemuda berumur 23 tahun yang berasal dari Kampung Tetambah, Manir ditahan di Pulau Warisan dan polis berjaya merampas lapan kotak mercun.

Manakala dalam tangkapan kedua, polis berjaya menahan seorang pemuda berumur 30 tahun, berasal dari Kampung Tanjung Jaafar. Pemuda tersebut ditahan di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir dan polis merampas 51 kotak bunga api dan 25 kotak mercun.

Kata beliau, polis berjaya membuat tangkapan ketiga di Kampung Banggol Tuan Muda, iaitu seorang buruh yang berusia 25 tahun dan berasal dari Pengkalan Arang, di sini dan berjaya merampas 26 kotak bunga api dan 54 kotak mercun.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters