NICOL mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Australia yang berlangsung di Canberra kelmarin.
CANBERRA, Australia - Juara bertahan, Datuk Nicol David muncul juara
Kejohanan Skuasy Terbuka Australia buat kali kedua berturut- turut
selepas menumpaskan Laura Massaro pada perlawanan akhir di Royal Theatre
Canberra kelmarin.
Pada final tersebut, ratu skuasy negara berjaya mengetepikan cabaran
pemain England itu 17-15, 11-2, 11-6 untuk merang- kul kejuaraan ke-62
buat dirinya.
Beraksi di hadapan legenda skuasy, Hea- ther McKay dan bekas pemain
terbaik dunia, Vicki Cardwell dan Michelle Martin, Nicol menunjukkan
mengapa dia di- anggap pemain terhebat dunia sepanjang satu dekad ini
apabila berjaya menyerap asakan untuk menumpaskan Massaro.
Bercakap kepada pemberita, Nicol berkata, dia gembira kerana dapat memenangi perlawanan tersebut dalam tiga set.
"Set pertama menguji mental dan fizikal saya. Pada set kedua saya
berjaya mendapat rentak permainan dan seterusnya memenangi perlawanan
tersebut dalam saingan tiga set," kata Nicol.
Massaro pula berkata, dia tidak melaku- kan kesilapan pada set pertama.
"Cuma, saya tidak bernasib baik pada set pertama. Kekalahan pada set
pertama menjejaskan tumpuan saya pada set kedua dan ketiga," katanya. -
Bernama
No comments:
Post a Comment