GOSIP ‘panas’ yang melanda pelakon seksi, Jue Aziz atau nama sebenarnya, Zuliana Abd. Aziz, 29, yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami aktres Rita Rudaini, 36, iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, seakan-akan tidak pernah surut.
Malah, ia semakin hebat diperkatakan sama ada menerusi media massa mahupun blog-blog tempatan.
Walaupun Jue pernah bertindak mendiamkan diri sebelum akhirnya memberikan komen menafikan gosip liar tersebut di sebuah akhbar tempatan sekitar Ogos tahun ini namun apa yang pasti, gosip tersebut tetap kembali.
Gosip yang sama muncul semula dengan cerita yang tidak diketahui akan kebenarannya walaupun realitinya ia baru sahaja surut daripada diperkatakan.
Gosip melibatkan pelakon drama Nilapura itu sebenarnya sudah mula tersebar kepada umum sejak Ogos senyap seketika apabila Jue dan Aidil bertindak untuk tidak cepat melatah.
Malangnya, semalam, gosip tersebut sekali lagi ‘dijulang’ oleh sebuah akhbar yang mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini dikatakan semakin serius dan sedang memasuki fasa panggilan sayang-menyayang.
Lebih hebat, apabila gosip tersebut mendakwa Jue mendapat sebuah beg tangan berjenama mewah pemberian Aidil.
Menurut gosip tersebut lagi, beg tangan tersebut dibeli Aidil di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dengan harga yang agak mahal untuk memujuk Jue yang kononnya dikatakan merajuk. Apa yang menarik, gosip tersebut langsung tidak menampilkan sebarang kenyataan baik daripada pihak Jue mahupun Aidil.
Justeru, bagi mendapat kepastian dan kebenaran hakiki mengenai gosip tersebut, Kosmo!, semalam telah menghubungi Jue Aziz sendiri untuk mendapatkan komen daripadanya mengenai isu tersebut.
Kosmo!: Boleh Jue komen sedikit mengenai gosip hubungan Jue dengan Aidil Zafuan?
JUE: Saya dah tak nak komen apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang perlu dikomen. Last comment mengenai isu saya dan Aidil saya buat menerusi sebuah akhbar tempatan (sekitar Ogos tahun ini) dan saya memang tidak mahu komen apa-apa lagi sekarang ini.
Jika semua gosip itu tidak benar, kenapa Jue mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan?
Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang.
Jadi, Jue tahu siapa yang buat (cipta) semua (gosip) ini?
Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.
Apa Jue akan buat apabila orang asyik mengata sahaja?
Sebelum ini Jue dah bagi komen tentang benda (gosip) Jue dan Aidil, namun terpulang kepada orang tersebut. Sebab itu urusan dia dengan Allah.
Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya Jue sekarang ini?
Sekarang ini, Jue sedang sedang menjalani penggambaran sebuah program TV 26 episod untuk stesen Radio Televisyen Malaysia. Tawaran lain ada tapi buat masa ini Jue mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program tersebut memandangkan Jue pun baru sahaja habis penggambaran episod yang menjalani penggambaran di Sabah. Bila sudah selesai semuanya, insya-Allah kalau ada tawaran lain, Jue tidak akan tolak.
Kosmo
No comments:
Post a Comment