TERKENAL dengan variasi filem romantik, menurut pandangan bintang
terkenal, Shah Rukh Khan, golongan wanita lebih memahami emosi dalam
bercinta berbanding lelaki.
Tambahnya, cinta merupakan sebuah emosi yang ringkas dan perlu disimpan rapi dalam hati.
"Apabila bercinta, kita perlu jadi diri sendiri. Perkara-perkara
kecil perlu diambil kira seperti menjadi pendengar setia antara satu
sama lain dan memberikan pelukan.
"Wanita tahu bagaimana untuk bercinta berbanding lelaki dan ia adalah
perkara personal yang tidak perlu digembar-gemburkan," katanya kepada
laman web BollywoodCelebden.com.
Shah Rukh banyak melakonkan karakter utama dalam filem romantik
antaranya Veer Zara, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein dan Kuch Kuch Hota
Hai.
No comments:
Post a Comment