KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil mengakhiri
teka-teki tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Diana Danielle apabila
mengumumkan majlis itu akan dilangsungkan pada 3 November ini.
Farid membuat pengumuman tersebut ketika majlis pelancaran filem terbaharu arahannya iaitu Pe3 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Farid, 30, berkata, dia dan Diana, 21, mengambil keputusan itu atas persetujuan kedua-dua pihak.
"Dengan keizinan kedua-dua ibu bapa, saya dengan ini umumkan akan berkahwin dengan Diana pada 3 November ini," ujarnya.
No comments:
Post a Comment