DEPOK: Seorang lelaki bogel ditahan kerana disyaki cuba memecah masuk ke sebuah rumah di Beji, Depok di Jawa Barat, kelmarin.
Polis mengesyaki lelaki itu menggunakan ilmu hitam.
Ketua Polis Beji, Komisioner Kanan Agus Widodo berkata, lelaki bogel itu dikenali sebagai Yanto, 36, dilihat memanjat dinding setinggi dua meter oleh penduduk kampung yang membuat rondaan malam.
Yanto dikatakan berbogel kerana mengamalkan ilmu hitam walaupun dia mengaku berbogel untuk memudahkan dia bergerak dan melakukan rompakan di rumah itu.
Agus berkata, Yanto tidak berumah dan hidup berpindah-randah dari satu tempat menunggu bas ke tempat menunggu bas lain. Cubaan merompak itu bukan yang pertama.
“Ini adalah kali ketiga dia merompak di kawasan Depok,” kata Agus.
Meurutnya, Yanto menggunakan hasil rompakan untuk menyara hidupnya. - Jakarta Post
No comments:
Post a Comment