Jom Buat Duit

Monday, 17 September 2012

Rita Rudaini enggan jumpa Ayu Raudhah

“BUAT apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!”
Itu kata-kata tegas pelakon Rita Rudaini yang diluahkan kepada Kosmo! ketika ditemu bual pada 14 September lalu.

Dia mengulas mengenai kenyataan birasnya, pelakon Ayu Raudhah, sebelum ini yang mahu bersemuka dengannya bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.
Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.

Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”

Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.

Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.
Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.

Balas Rita menerusi Twitternya: “Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni.”

Twitter untuk Aidil
Ayu dalam kenyataannya kepada Kosmo! sebelum ini pada 12 September lalu menegaskan, dia tidak tertekan dengan kenyataan Rita.

Katanya lagi, tindakan Zaquan membalas kenyataan Twitter Rita itu adalah berniat untuk melindungi dirinya (yang kini hamil tiga bulan) supaya tidak mengalami tekanan.
Namun begitu, Rita ada jawapan terhadap kemelut terbaharu itu.
Kata Rita, Ayu dan Zaquan tersilap faham kerana tulisan di Twitternya itu sebenarnya ditujukan kepada Aidil dan bukan untuk Ayu.

“Saya tidak tujukan kenyataan yang dibuat di Twitter kepada Ayu, tetapi kepada suami saya, Aidil. Saya tidak faham kenapa ada orang lain pula yang terasa,” ujarnya.
Tambah Rita, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa termasuk Ayu dan meminta orang ramai yang tersalah anggap dengan kenyataannya agar membaca semula tulisannya di Twitter.

“Kalau ikutkan saya tidak tulis nama sesiapa pun. Rasa kelakar pun ada bila pihak di sana (Ayu) serang saya. Akaun Twitter saya adalah untuk saya dan peminat, kenapa pihak di sana intai apa yang saya tulis?” soalnya.

Tegas Rita lagi, dia tidak pernah memfitnah dan mencari masalah dengan sesiapa. Selepas berhadapan dengan masalah rumah tangga bersama Aidil, Rita hanya ingin hidup tenang bersama anak-anak.

“Saya tidak kisah apa yang mereka ingin katakan mengenai saya, saya ingin tahu siapa yang tersalah anggap dengan kenyataan saya, orang ramai atau Ayu?
“Sebelum menuduh saya, sila cermin diri sendiri kerana saya tidak pernah ambil tahu hal mereka. Allah Maha Adil, saya percaya saya berada di pihak yang benar,” ucapnya.
Perbicaraan mahkamah

Rita, ibu kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, tiga tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 10 bulan, hasil perkahwinannya dengan Aidil, memberitahu, dia lebih rela berdiam diri. Ini kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan, dia pasti mendapat mesej berbaur ugutan.
“Jika pihak di sana keluarkan kenyataan, saya tidak kisah tetapi apabila saya buat kenyataan, saya akan dapat mesej ugutan. Mereka kata saya raih simpati, berhati busuk, seolah-olah saya tidak boleh bersuara.

“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot, biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” luah Rita berbaur sayu tetapi tegas.
Sementara itu, kemelut rumah tangga Rita dan Aidil dijangka semakin hangat apabila tuntutan hak penjagaan anak-anak Rita dan Aidil bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.
Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters