SYDNEY: Seorang lelaki semalam dituduh merogol dan membunuh Jill
Meagher selepas mayat wartawan Ireland itu ditemui dalam lubang cetek.
Mahkamah bersidang pada awal pagi untuk membolehkan Adrian Ernest
Bayley didakwa ekoran kehilangan Jill, 29, di Melbourne, baru-baru ini.
Berasal
dari Drogheda, County Louth, Jill dilihat kali terakhir pada awal pagi
Sabtu lalu selepas keluar dengan kawan-kawannya. Difahamkan, mayat Jill
ditemui di Gisborne South, kira-kira 30 kilometer dari tempat dia
dilaporkan hilang. Jurucakap polis Victoria berkata, anggota forensik
masih menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian. Bayley, 41, dari
pinggir Coburg ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup memaparkan
imejnya bercakap dengan Jill. - DM
No comments:
Post a Comment