MELAKA – Seorang penjenayah bukan saja kempunan untuk memperkosa
seorang jurujual wanita malah nasibnya malang apabila dia dikejar dan
ditangkap oleh orang awam selepas menceroboh sebuah bilik hotel bajet
di Jalan Melaka Raya 3 di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi, suspek yang berusia 20-an
menceroboh bilik hotel yang didiami mangsa sejak setahun lalu ketika
wanita itu tiada di bilik tersebut.
Mengikut mangsa Wong Siew Hong, 38, dia hanya mengetahui ada
penjenayah di dalam biliknya selepas dia masuk ke bilik yang terletak di
tingkat dua hotel tersebut setelah selesai makan di sebuah restoran
berhampiran.
“Ketika mahu memasuki bilik, saya terkejut melihat kunci bilik saya
sudah kena kopak manakala pintunya sedikit terbuka,” kata wanita itu
ketika ditemui di tempat kejadian.
Kata Siew Hong, dia memberanikan diri masuk ke dalam bilik tersebut
sebelum terperanjat melihat seorang lelaki sedang menggeledah
barang-barangnya.
Suspek yang berpakaian serba hitam dan menutup mulut dengan kain
terus menerpa ke arahnya dan cuba membuka pakaian Siew Hong seolah-olah
mahu merogolnya.
Siew Hong yang berasal dari Johor Bharu berkata, dia yang ketakutan
sedaya upaya melawan suspek sebelum suspek menumbuk mukanya beberapa
kali di pipi kiri sehingga bengkak.
Dia yang kesakitan kemudian menjerit sekuat hati meminta pertolongan
menyebabkan suspek takut lalu melarikan diri meninggalkan bilik
hotelnya.
nasib badan ler..
ReplyDeletemornink =)