Jom Buat Duit

Sunday, 9 September 2012

Emosi buat Erra hampir gila

MENCORAKKAN kanvas hidup mengikut selera hati adakalanya jauh daripada apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Itu takdir setiap manusia dan ketentuan itu jugalah yang sedang lalui pelakon Erra Fazira.
Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala kehendak hidup mampu diisi namun di sebalik silau populariti, dirinya berada di tengah sasaran. Dia ditembak bertubi-tubi dari kiri dan kanan.
Ketika kisah rumah tangganya bersama Engku Emran mulai sunyi daripada topik bualan, kini masuk pula skandal cinta yang entah mana datangnya. Biar seteguh manapun dia bertahan, Erra akui boleh goyah.

Berbunyi klise, namun mudah sahaja situasi itu digelar pasrah. Memberi jawapan yang juga kedengarannya klise, rumusan Erra berbunyi ringkas.
"Jawapan saya mudah dan boleh jadi juga jawapan yang kedengaran klise. Saya percaya, ada sebab saya diletakkan dalam keadaan seperti ketika ini. Dulu pun, keinginan sebenar saya ialah untuk menjadi penyanyi, tapi lakonan lebih menjadi. Saya ambil semuanya dengan cara yang positif, selalu positif. Ada sebab saya di sini," katanya.

Resolusi terakhir
Mencari sisi terbaik untuk menguraikan gelojak jiwanya, Erra sekalipun tidak melatah biar banyak dan sudah berulang-ulang juga disuakan dengan persoalan yang sama. Ternyata sepak terajang sepanjang berbelas tahun berumah di persada seni, menjadikan dia cukup berhemah dalam menepis mahupun menelan api kontroversi.

Erra tersenyum sepanjang isi hatinya mahu digali lagi. Sengaja kisah pengunduran daripada naskhah teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya diketepikan seketika, sementara wanita beranak satu itu mahu ingin diajak bercerita tentang pilihan-pilihan yang menjadi keutamaan kendiri.
Kata Erra, dalam memilih dan mencari sesuatu yang terpilih untuk diambil sebagai keputusan jalan hidup, dia terlebih dahulu condong untuk memikirkan perasaan orang lain.
"Akan tetapi apabila tiba satu peringkat yang menuntut saya untuk tidak lagi terlalu memikirkan perasaan orang lain, di situlah kata hati akan mengambil tempat.

"Seboleh-bolehnya, saya seorang yang mahu membahagiakan orang, namun sebelum ia menjadi racun dalam diri, barulah saya beratkan perasaan sendiri pula," katanya.
Ruang pilihan Erra

Sambil membahagi-bahagikan pilihan ke dalam konteks suhu karier hari ini, kepercayaan serta keterbukaan berkongsi perihal diri, kata kunci 'selektif' masih tak lepas dari pandangan.
"Sejak dari dulu sampailah sekarang, pilihan yang diputuskan dalam karier saya dibuat atas banyak faktor. Ada yang kerana skrip, pelakon, kawan, penerbit dan ekonomi. Sekarang saya terikat dengan Astro namun saya masih ada hak untuk membuat pilihan, bukannya kerana saya terpaksa atau keterlaluan memperbodohkan diri. Tapi tak tahulah jika ada yang fikir begitu, bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu sisi lakonan saya yang berbeza daripada fasa lakonan saya yang terdahulu," katanya menjawab soal pilihan atas kekerapan persembahan di kaca televisyen ketika ini.

Sedar bahawa iklim industri seni di Malaysia tidak seindah di luar negara, sikap terlalu menjaga satatus juga bukanlah sesuatu yang praktikal pada hemahnya.
"Saya memang cintakan karier saya tapi jika asyik hendak menjaga status atau jolokan yang diberikan, saya pun kena fikir tentang tanggungjawab saya, ada mulut yang harus saya suap," getusnya optimis.

Masih bergerak atas topik selektif, soal kepercayaan dan keterbukaan Erra untuk berkongsi jeritan batinnya turut terpanggil untuk didekati. Kata Erra, pengalaman 'ditikam dari belakang' oleh rakan baik sendiri membuatkan dirinya sangat berhati-hati untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada orang lain.

"Cuma saya bertuah sebab ada seseorang yang saya boleh beri sepenuh kepercayaan. Dia berpangkat makcik saya sendiri tapi kami sebaya. Kadang-kadang nasihatnya bukanlah perlu diikuti pun tapi bila dapat berkongsi masalah dengannya, saya akan berasa lega. Kalau simpan, boleh jadi gila," ulas Erra yang sudah diketahui umum mempunyai ikatan persahabatan akrab bersama rakan artis seperti Datin Paduka Umie Aida dan Zahidi Rafik itu.
Keterbukaan dan privasi

Bercerita pula tentang keselesaan dan pilihannya untuk separuh terbuka dan separuh tertutup bersama kalangan rakan media sendiri, peristiwa ditikam seorang teman media yang pernah dianggap kawan baik sendiri sentiasa memberi ingatan kepada Erra.

Terpahat di fikiran ibu kepada Engku Aleesya, 3, bahawa wartawan tetap seorang wartawan.
"Insiden itu berlaku pada saat-saat awal saya bergelar artis, sejak peristiwa itu saya selalu letak garisan antara saya dengan wartawan. Namun, selama hari ini juga, saya boleh nampak, selalunya wartawan yang senior punyai pemahaman yang lebih, yang tidak menambah masalah dalam penulisannya.

"Kematangan penulisan seseorang wartawan itu juga boleh bina kepercayaan antara saya dengan wartawan itu sendiri," katanya saban kali terhimpit dengan kepastian yang dipinta pihak wartawan.
Sekalipun sudah cukup berhati-hati, sekali salah percaturan, orang yang menanggung pedih pastinya diri sendiri.

Tambah Erra: "Ada masanya, saya sedar bahawa saya harus menghampakan wartawan dengan jawapan standard apabila ditanya isu rumah tangga. Jawapan kepada isu rumah tangga tak sama dengan jawapan isu zaman bercinta. Banyak pihak dan banyak hati yang harus dijaga."
"Saya juga jenis wanita yang tiada kekuatan untuk berdebat tentang isu rumah tangga dalam surat khabar, ada artis lain boleh buat begitu, tapi saya tak sampai ke tahap itu."

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters