Bintang Twillight, Robert Pattinson mengakui dirinya terlalu marah dan
rasa terhina ekoran penyebaran berita skandal antara teman wanitanya,
Kristen Stewart bersama pengarah filem Snow White and the Huntsman,
Rupert Sanders.
Menurut laporan Showbizspy, Pattinson telah menghubungi Kristen dan
meluahkan segala perasaan terkilannya itu. Malah dia juga menjelaskan
sudah hilang percaya kepada teman wanitanya itu.
"Pattinson terlalu kecewa terhadap apa yang berlaku kerana dia tidak
pernah curang sepanjang tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan
bersama kekasihnya itu.
"Kristen juga merayu supaya diberi peluang kedua untuk meneruskan
hubungan mereka. Namun buat masa ini, Pattinson enggan menerimanya,"
kata sumber.
No comments:
Post a Comment