Jom Buat Duit

Monday, 2 July 2012

UEFA mahu pembaharuan

LONDON – Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini bersedia melakukan pembaharuan pada kempen Euro selepas ini.
Selain tidak lagi mahu kejohanan tersebut dikendalikan dua negara sebagai tuan rumah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah penyertaan pasukan.

Kali terakhir UEFA mengubah format Euro ialah pada 1996 apabila menambah penyertaan menjadi 16 pasukan yang menyaksikan Jerman muncul juara menerusi jaringan emas Oliver Bierhoff.
Selain itu, tradisi tuan rumah bersama juga bermula pada 2008 menerusi Austria dan Switzerland. Menurut Platini, buat masa ini ia masih di peringkat perbincangan dan mungkin dilaksanakan pada Euro 2020.
“Pada kempen Euro 2020 nanti, saya rasa ia patut diadakan di seluruh Eropah. “Ini bermakna tidak ada lagi mana-mana pasukan bertindak sebagai tuan rumah dan ia dijangka membabitkan 12 stadium seluruh Eropah.
“Malah, saya juga bercadang supaya kempen Euro 2020 nanti membabitkan 32 pasukan,” kata Platini. Ketika ini, Turki yang tidak layak ke saingan Euro 2012 merupakan calon utama menjadi tuan rumah pada 2020 nanti, namun negara itu dilaporkan turut menjadi tuan rumah temasya Olimpik pada tahun yang sama.
Mengulas lanjut, Platini menjelaskan bahawa segala-galanya bakal diketahui selewat-lewatnya Februari tahun depan.
“Bagi saya ia satu idea yang menarik, sudah tentu perbincangan mengenai perkara itu cukup hangat untuk diperdebatkan,” katanya. Untuk rekod, Perancis bakal menjadi tuan rumah Euro 2016. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters