MUMBAI - Mangsa rogol berumur empat tahun di India yang bertarung nyawa
hampir dua minggu di hospital dilaporkan meninggal dunia, menurut kaki
tangan hospital, semalam.
Laporan yang dipetik AFP,P A Sriram berkata, pihak hospital telah
berusaha untuk menyelamatkan mangsa, namun keadaannya semakin kritikal
dan tekanan darahnya juga menurun secara mendadak hingga menyebabkan
jantungnya terhenti, malam kelmarin.
Pada 18 April lalu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di
sebuah ladang oleh ibu bapanya sehari selepas dirogol lelaki berumur 35
tahun di bandar Ghansour.
Susulan daripada itu, seorang suspek ditahan di utara Bihar untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian berasingan pada 15 April lalu, seorang kanak-kanak
berumur lima tahun di New Delhi turut menjadi mangsa rogol kejam hingga
mencetuskan protes di ibu negara.
No comments:
Post a Comment