Organisasi pengakap Amerika Syarikat (AS), The Boy Scouts of America,
memutuskan untuk menerima anggota yang secara terbuka mengaku sebagai
gay.
Keputusan ini diambil dalam pemungutan suara yang diakhiri dengan pergaduhan berkaitan isu yang memecah-belah gerakan ini.
Lebih dari 60 peratus anggota dewan nasional, yang terdiri dari 1,400
anggota yang memiliki hak suara menyokong perubahan ini dalam sebuah
pertemuan di Texas, AS.
Namun, larangan ini masih berlaku bagi pemimpin pengakap dewasa yang secara terbuka mengaku gay.
Perubahan ini akan berlangsung secara efektif 1 Januari 2014.
Resolusi pembatalan larangan ini "menegaskan bahawa pengakap adalah
program pemuda dan setiap ahlinya yang melakukan hubungan seksual, baik
heteroseksual atau homoseksual bagi kaum muda adalah bertentangan dengan
nilai kebajikan pengakap."
Isu menghapuskan larangan ini sebelumnya sempat dibawa ke pertemuan
dewan nasional Februari lalu, tetapi keputusan ditunda hingga ada
keputusan dari dewan yang lebih luas.
"Sementara orang memiliki pandangan yang berbeza tentang pandangan ini,
kita semua perlu sepakat bahawa adalah lebih baik jika anak-anak tidak
melakukan hubungan seksual saat aktif di pengakap,'' demikian isi
pernyataan Boy Scouts of America.
No comments:
Post a Comment