KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Aulong di
Perak, Yew Tian Hoe hari ini mengumumkan keputusan menarik diri sebagai
calon Bebas untuk kerusi berkenaan.
"Keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa menerima tekanan atau
bayaran daripada mana-mana pihak," katanya kepada pemberita pada sidang
media di ibu pejabat DAP di sini yang turut dihadiri Penasihat DAP, Lim
Kit Siang.
Ditanya sama ada DAP bersedia memaaf dan menerima kembali Yew, Lim
berkata keputusan mengenainya akan dibuat selepas tamat Pilihan Raya
Umum ke-13.
Berikutan perkembangan itu, kerusi Dun Aulong yang mempunyai 28,440
pengundi akan menyaksikan pertandingan antara Leow Thye Yih dari DAP dan
calon Barisan Nasional, Soo Kay Ping.
Pada pilihan raya umum 2008, Yew memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,808 undi.- Bernama
No comments:
Post a Comment