BANGKOK: Seorang pekerja menemui dua beradik warga Kanada mati dalam
bilik hotel mereka di pulau peranginan popular di selatan negara ini,
kata polis semalam.
Dua pelancong itu dipercayai tidak dibunuh dan barang mereka juga tidak dicuri.
Polis
masih menyiasat punca kematian Noemi Belanger, 25, dan adiknya, Audrey,
20, di mana mayat mereka ditemui Jumaat lalu di Hotel Phi Phi Palm di
Pulau Phi Phi, kata pegawai polis, Leftenan Kolonel Jongrak Pimthong.
“Polis mendapati mereka sudah mati 24 jam yang lalu dan menemui banyak
kesan muntah dalam bilik hotel mereka,” katanya. Kesan muntah dan darah
di wajah mangsa mungkin adalah tanda tindak balas toksik. Pimthong
berkata, bedah siasat yang dijalankan akan memberi maklumat lanjut
mengenai punca kematian mereka. Menurutnya, tiada tanda menunjukkan
mangsa dibunuh berikutan pintu dikunci dari dalam dan barangan dua
wanita itu masih ada.
Dia berkata, pegawai penyiasat dari Krabi dalam perjalanan ke Phi Phi
untuk menyiasat lokasi kejadian bagi mengumpulkan bukti. Sementara
itu, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada, John Babcock mengesahkan
dua rakyatnya mati di Thailand, tetapi tidak memberi ulasan lanjut
mengenainya.
Menurutnya, pegawai konsulat Kanada di Bangkok
akan memberi maklumat kepada keluarga mangsa dan berhubung dengan pihak
berkuasa tempatan negara itu. - Bangkok Post
No comments:
Post a Comment