Jom Buat Duit

Monday, 11 June 2012

Menteri Keselamatan Dalam Negara terbunuh dalam nahas helikopter

NAIROBI: Menteri Keselamatan Dalam Negara Kenya, George Saitoti dan lima lagi terbunuh apabila helikopter mereka terhempas dekat Nairobi, semalam.
Saitoti, 66, adalah calon dalam pilihan raya presiden tahun depan, tokoh utama untuk membantu negaranya memerangi pemberontak Shebab yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda, di negara jiran, Somalia.


Turut terbunuh, Joshua Orwa Ojonde, pembantu Menteri Keselamatan Dalam Negara, dua juruterbang, termasuk seorang wanita dan dua pengawal keselamatan ketika helikopter itu terhempas di kawasan bukit Ngong di luar ibu negara.

Presiden Mwai Kibaki dan Perdana Menteri, Raila Odinga memberi penghormatan kepada Saitoti, yang memainkan peranan utama memerangi pemberontak Somalia, yang dipersalahkan dalam beberapa serangan ngeri dan penculikan di Kenya.


Odinga yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita, “Kerajaan akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan” - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters