MANAMA: Tiga beradik dilaporkan lemas ketika berkelah bersama
keluarga mereka di Pantai Abu Fatnass kira-kira 15 kilometer dari Doha,
semalam.
Ketiga-tiga beradik itu yang berusia 11, 13 dan 15 tahun
dihanyutkan oleh arus deras kira-kira jam 5 petang di kawasan Wakra, di
timur Qatar.
Polis melakukan operasi mencari dan menyelamat
termasuk menggunakan penyelam, helikopter dan bot selepas dihubungi
bapa mangsa yang melaporkan mengenai kejadian itu. Sehingga petang
semalam, hanya seorang daripada mayat tiga beradik itu yang sudah
ditemui.
Akhbar harian tempatan al-Raya melaporkan penduduk berkata, kawasan
di mana tiga beradik itu lemas adalah kawasan berbahaya kerana dasar
lautnya tidak sekata. - GN
No comments:
Post a Comment