Yap Chin Huang, 30, dipercayai hilang kira-kira jam 4 petang selepas mengikut program mendaki gunung bersama beberapa kumpulan lain, yang turut disertai ibunya, Chin See Lin, 59.
Pegawai Kanan 1 Bomba dan Penyelamat Kajang, Hamzah Mohammad Shariff berkata, Chin membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat pada jam 6.42 pagi tadi.
Berikutan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan melibatkan 16 anggota Bomba Kajang, 11 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat anggota bomba sukarela Hulu Langat dan empat anggota Balai Polis Batu 18.
"Kumpulan Yap dan Chin mendaki Bukit Lepoh, Hulu Langat pada jam 9 pagi semalam dan ketika menuruni Bukit Lepoh pada jam 4 petang, mereka masing-masing telah terpisah daripada kumpulan itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, Chin beranggapan anaknya mengikut kumpulan lain ke Janda Baik, Pahang dan beliau berpatah balik ke pusat ekspedisi itu dengan kumpulan lain.
"Namun, beberapa jam kemudian, Chin menyedari anaknya tidak bersama kumpulan itu dan mengesyakinya hilang setelah semua kumpulan mendaki tiba di destinasi di Janda Baik," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment