SETELAH dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis
lelaki seperti Shahir AF dan Zain Saidin, kini tiba-tiba pelakon janda
popular Rozita Che Wan dikatakan bercinta pula dengan Beego.
Biarpun Rozita pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa
dengan Beego pada akhir bulan lalu, kali ini timbul pula gosip
berkenaan kedua-dua pelakon tersebut apabila dilihat berpimpin tangan
semasa di pusat beli-belah Pavilion dan The Curve.
Sementara itu, Beego pula pada bulan Februari lalu pernah memberitahu
Kosmo! bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dan sudah bertunang
dengan seorang ahli perniagaan bernama Azlina pada April 2011.
Ingin mendapatkan kepastian terhadap status sebenar mengenai hubungan
Rozita dan Beego, Kosmo! telah menghubungi kedua-dua pelakon berkenaan
bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar terhadap gosip yang timbul.
Kosmo!: Benarkah Beego dan Rozita Che Wan pernah keluar berdua-duaan sambil berpimpin tangan?
Beego: Tidak. Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul.
Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan
sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu
atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang
kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang
tidak benar.
Bagaimana boleh timbul gosip tersebut?
Itu saya tidak tahu. Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang
dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan
di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.
Jadi, anda memang tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Rozita?
Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau
ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani
penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar
Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas
mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
Kosmo
No comments:
Post a Comment