BUKIT MERTAJAM - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee
Chong Wei semalam mencemaskan pelbagai pihak apabila dia cuba terjun
dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai sebelum niatnya itu dihalang polis
yang bertindak pantas menangani kejadian tersebut.
Lee Ah Chai, 59, yang juga mendakwa tidak dipedulikan oleh ahli
keluarganya bertindak cuba terjun di Kilometer 2 jambatan tersebut pada
pukul 7.45 pagi. Tempat itu setinggi kira-kira 20 meter.
Ah Chai yang kelihatan tertekan ekoran kejadian itu kemudian dibawa
ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk diambil
keterangan sebelum dia dibebaskan pada sebelah petang.
No comments:
Post a Comment