JERAM NIAGARA, Kanada - Pelagak ngeri, Nik Wallenda menjadi
orang pertama berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara yang
memisahkan Amerika Syarikat dan Kanada sejauh 548.64 meter.
"Saya sungguh gembira," katanya kepada wartawan selepas menamatkan
aksi merbahaya itu di hadapan 112,000 penonton yang berkumpul di
kedua-dua belah sempadan berkenaan.
Wallenda, 33, berjalan dalam cuaca cerah di atas kabel tergantung
setinggi 60 meter di tebing Jeram Niagara yang belum pernah dilalui
sebelum ini.
Dia mengambil masa 25 minit untuk melintasi air terjun terbesar di rantau Amerika Utara itu.
Disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen AS, ABC, percubaan
Wallenda ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen.
Wallenda merupakan ahli generasi ketujuh keluarga pelagak ngeri terkenal, Flying Wallendas. - Agensi
No comments:
Post a Comment