AMSTERDAM - Dua orang cedera dan seorang lelaki dilaporkan meninggal
dunia selepas satu kebakaran berlaku di sebuah bangunan kecil di pusat
bersejarah Amsterdam.
Menurut Jabatan Bomba di sini menerusi laman Twitter, kebakaran yang mencederakan dua orang itu berjaya dipadamkan.
Beberapa saksi yang dipetik sebuah stesen televisyen tempatan
berkata, mangsa yang maut ialah seorang lelaki muda yang melompat dari
tingkap untuk mengelak daripada dijilat api.
Namun, pihak bomba gagal dihubungi bagi mengesahkan kematian.
Seorang jurugambar di tempat kejadian itu melihat bangunan berusia
200 tahun yang musnah itu hanya beberapa ratus meter dari Dataran Dam. -
Agensi
No comments:
Post a Comment