AMPANG JAYA - Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen
insurans mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan
seks daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing
dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini
semalam.
Hakim Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan
Lee Kwong Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas
mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.
Aidil didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan
Jun 2010 di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3
dan 3.30 petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua
berusia 13 tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.
Kwong Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di
pangsapuri tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010
pukul 9 dan 9.30 malam.
Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu.
No comments:
Post a Comment