ALOR SETAR - Seorang penyangak yang menyamun seorang tukang urut
menerima 'pembalasan' awal apabila dia bukan sahaja dapat ditangkap
malah, jatuh tersungkur ketika dihambat penduduk dalam kejadian di Flat
Seri Gemilang, Mergong di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam di tingkat satu itu berlaku apabila suspek
yang bersenjatakan sebilah pisau menceroboh rumah Fatimah Md. Salleh,
89, ketika warga emas tersebut hendak mengurut seorang wanita yang
dipercayai isteri lelaki terbabit.
Mangsa yang menyangka suspek bergurau ketika mengacu pisau akhirnya
cemas apabila lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyentap gelang
tangannya yang bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri.
"Beberapa minit sebelum itu, saya didatangi isteri suspek dan
memberitahu dia ingin berurut. Selepas mempersilakan dia masuk, saya
suruh dia tutup pintu tetapi dia enggan dengan alasan angin dapat masuk.
"Tidak lama kemudian, lelaki itu muncul dan mengacukan pisau ke dada
saya sambil meminta gelang. Saya ingat dia bergurau sebelum dia berkeras
dan terus menarik kuat gelang emas saya," ceritanya yang memberitahu
gelang itu dibeli ketika dia muda.
No comments:
Post a Comment