KUALA LUMPUR - Ibu seorang wanita yang diperdaya menjadi keldai
dadah, Suzana Azmi, 30, merayu masyarakat negara ini tampil membantunya
bagi mengesan anak sulungnya itu yang kini berada di Peru.
Norlianah Maarof, 52, berkata, walaupun dia pernah berjumpa beberapa
pihak untuk meminta bantuan namun semuanya itu telah ditolak kerana
mereka mendapati kes tersebut amat sukar untuk diselesaikan.
"Kini saya hanya boleh berharap agar ada pihak yang benar-benar mahu
membantu kami sekeluarga mengesan Suzana dan bawanya pulang ke pangkuan
keluarga.
"Tanpa bantuan berkenaan, mustahil bagi saya sekeluarga untuk membawanya pulang ke negara ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai Suzana yang telah dipenjarakan di
Peru pada tahun 2007 akibat diperdaya oleh satu sindiket dadah dan
dibebaskan pada 2009.
Bagaimanapun wanita malang itu masih gagal untuk pulang ke tanah air
dan ibunya percaya bahawa anaknya itu berada dalam cengkaman sindiket
dadah berkenaan.
Norlianah berkata, dia pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS)
daripada beberapa pihak dan individu yang mengaku mahu membantunya.
Kosmo
No comments:
Post a Comment