Jom Buat Duit

Tuesday 12 June 2012

Konstabel dijel cederakan Kugan

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas konstabel V. Navindran selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan pilihan menyebabkan kecederaan terhadap seorang tahanan tiga tahun lalu.
Navindran dituduh mencederakan suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan yang mati ketika berada dalam tahanan polis.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati keterangan tertuduh bagi pertuduhan pertama adalah penafian semata-mata.
Malah, tindakan pihak pembelaan yang memanggil isteri dan bapa saudara tertuduh untuk menyokong keterangan bahawa dia tidak berada di tempat kejadian adalah tidak mematuhi Seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman, sementara menunggu proses rayuan tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM20,000.

Navindran, 30, didakwa atas dua tuduhan pilihan iaitu menyebabkan kecederaan ke atas Kugan, 23, di bilik soal siasat jenayah berat (D9), Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada pukul 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters