MEMILIKI impian yang sama seperti wanita lain untuk
memiliki sebuah keluarga yang sempurna, penyanyi popular, Demi Lovato
mahu impiannya itu terlaksana pada usia 30 tahun.
Penyanyi yang masih berusia 19 tahun itu turut mengatakan dirinya akan
menggunakan masa yang ada untuk mencari calon bakal suami yang ideal
dengannya.
“Kalau boleh, saya mahu tinggalkan zaman bujang bila mencecah usia 30
tahun. Pada masa itu juga, saya mahu cahaya mata supaya keluarga idaman
saya lebih sempurna.
“Tetapi buat masa terdekat ini, saya hanya akan lebih fokus terhadap
karier nyanyian yang masih baru dalam industri ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment