Jom Buat Duit

Sunday 3 June 2012

Mizz Nina ikut jejak Yuna

PERNAH berkolaborasi dengan artis antarabangsa, Colby O’Donis menerusi lagu, What You Waiting For, dalam album pertamanya, kini Mizz Nina sekali lagi bekerjasama dengan artis luar negara, Flo Rida untuk lagu Take Over.

Kerjasama tersebut sekali gus membuka peluang kepada pemilik nama sebenar Shazrina Azman mengembangkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Bakal mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya, Yuna yang membina karier di Amerika Syarikat, Mizz Nina juga kini sedang merancang untuk menerbitkan album khas untuk pasaran di negara tersebut.

Mengambil judul single Take Over sebagai nama untuk album solo keduanya, Mizz Nina berkata, perancangan tersebut telah pun dibincangkan bersama Flo Rida sewaktu mereka menghasilkan single Take Over.

“Biarpun perlu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk kembali dengan album kedua, namun saya berpuas hati dengan hasilnya yang saya kira boleh memberi lebih kepuasan kepada peminat berbanding album pertama.

“Menariknya mengenai album kali ini, saya tidak mahu hanya tertumpu kepada pasaran muzik tempatan sahaja sebaliknya ingin menembusi pasaran muzik di Asia dan antarabangsa.

“Buat sementara ini, saya dan Flo Rida telah berbincang untuk menghasilkan satu album khas bagi pasaran di Amerika Syarikat,” katanya yang berhasrat menjayakan promosi di seluruh Malaysia, Thailand dan Singapura.

Ditemui semasa pelancaran album Take Over di Zouk, Kuala Lumpur, Mizz Nina hadir bersama suaminya, Noh Hujan berkata, album kali ini masih mengekalkan kerjasama dengan Colby O’Donis yang menerbitkan dua lagu dalam album tersebut.

Selain itu, album Take Over juga turut menampilkan kerjasama antara Mizz Nina dengan James Freeman dan Koolade dari Croatia yang merupakan penerbit untuk tiga lagu iaitu Take Over, With You dan Just Do It.

“Melihat sambutan hangat terhadap lagu What You Waiting For, saya sekali lagi berganding bahu dengan Colby O’Donis yang kali ini menjadi penerbit untuk lagu Hit Me Up dan Cup of Love.

Album Take Over turut menampilkan satu lagu bahasa Melayu berjudul Rentak Yang Sama, dihasilkan oleh Mizz Nina bersama Noh Hujan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters