Penyanyi penuh kontroversi, Lady Gaga, dikhabarkan sudah kembali ke
pangkuan bekas kekasihnya, Taylor Kinney. Menurut sumber, khabar angin
ini mula tersebar apabila Gaga sentiasa dilihat bersama bekas kekasihnya
itu sepanjang konsert jelajahnya di Thailand dan Singapura, minggu
lalu.
Lebih menguatkan gosip ini, apabila pasangan ini kelihatan begitu mesra
dan sentiasa berpegangan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Apa yang
pasti, kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sepanjang bersama.
Bagaimanapun, keduanya masih belum bersedia untuk menjelaskan status hubungan terbaru mereka.
No comments:
Post a Comment