Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam
bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar
nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak
Jimmy.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31,
berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas
(SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu,
yang didapati masih berjudi.
Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali
taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun
lalu.
Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy
berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia
mendakwa isterinya nusyuz.
"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab;
Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang
membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.
Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.
Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang
selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah
tangga mereka.
Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga
perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak
RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31
Januari 1986.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment