Setiap artis tidak kiralah pelakon mahupun penyanyi memerlukan
populariti untuk terus kekal berada dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, populariti juga kadang kala mengundang masalah buat
seseorang artis menjalani kehidupan normal seperti manusia lain sama
seperti aktor, Chace Crawford, yang menyedari sukar mendampingi wanita
dalam hidupnya.
"Saya akui agak sukar untuk punya teman wanita kerana saya sentiasa
terikat dengan populariti yang ada. Jika ada masa, saya hanya dapat
meluangkan masa bersama teman kolej dan rakan-rakan artis saja. "Oleh
itu, memang sukar untuk saya dampingi wanita.
Apatah lagi untuk menjalinkan hubungan serius. Ada kalanya, saya juga
teringin menjadi seperti orang biasa yang bebas bergaul dengan siapa
sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment