Jom Buat Duit

Friday 8 June 2012

Berdosa besar kasari orang tua

KUALA LUMPUR: “Memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut mengulas kebiadaban seorang lelaki di Serian, Sarawak, yang menendang serta memijak neneknya hingga tangan wanita itu patah, selain lebam di beberapa anggota badan.
Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu sedangkan warga emas, apatah lagi darah daging sendiri sepatutnya dihormati, disayangi dan dilindungi.

Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan.
“Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata, kejadian cucu memukul nenek sendiri berlaku mungkin disebabkan kurang atau tiada aktiviti keislaman dalam sesebuah keluarga.

“Setiap kejadian pasti ada punca dan situasi cucu memukul nenek mungkin boleh berlaku akibat didikan yang salah daripada kedua-dua orang tua serta pergaulan yang tidak sihat sehingga mendorongnya bertindak kasar.

“Mungkin juga kejadian berpunca disebabkan cucu berada dalam keadaan tidak normal iaitu rohaninya sakit seperti mengalami masalah mental atau masalah ketagihan di luar kawalan.

“Seharusnya ibu bapa memperbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat dan hajat, mengadakan majlis kesyukuran di rumah serta kurangkan menonton televisyen dan melayari internet,” katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters