JASIN: Seorang wanita maut, manakala suami dan dua daripada empat
anaknya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan
di Kilometer 187, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, sebelum
terbakar, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Proton Wira
dinaiki enam beranak berkenaan terbabas sebaik tiba di lokasi dengan
melanggar penghadang jalan.
Kenderaan itu kemudiannya masuk ke dalam longkang dan melanggar
tebing cerun sebelum berpusing masuk semula ke lebuh raya dan terbakar.
Kemalangan turut mengakibatkan dua lagi anak mangsa berusia dua dan 10 tahun cedera ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Shahidi
Abdullah, berkata pelanggaran itu mengakibatkan mangsa, Roza Isa, 32,
tercampak keluar.
No comments:
Post a Comment