Difahamkan hasil kegiatan dilakukannya, pelajar berusia 20 tahun dari Pasir Mas, Kelantan itu tidak pernah kekeringan wang selain mampu memiliki sebuah Perodua Viva dan motosikal Yamaha 125Z.
Bagaimanapun, tembelang pelajar terbabit akhirnya terbongkar apabila polis menemui 2,000 biji pil kuda bernilai RM60,000 di atas rak pakaian dalam bilik tidurnya, semalam.
Menurut sumber, semua pil kuda berkenaan diisi dalam 10 plastik yang setiap satu mengandungi 200 biji pil dan ditemui ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman diketuai ketuanya, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah melakukan serbuan di rumah sewa lelaki terbabit di Kampung Fikri, Chukai,di sini, jam 1.30 pagi semalam.
“Polis tidak menghadapi masalah menahan pelajar terbabit kerana ketika serbuan suspek tidur dalam bilik berkenaan.
No comments:
Post a Comment