MADHURI DIXIT sekali lagi akan duduk di kerusi juri program realiti
tarian Jhalak Dikhla Ja untuk musim terkini. Ujar Dixit, dua orang
anaknya iaitu Arin dan Ryan lebih teruja untuk melihat keberaniannya
melontarkan kritikan buat para peserta.
"Mereka mahu tahu berapa markah yang akan saya berikan kepada para
peserta dan kritikan yang bagaimana akan saya lontarkan. Mereka sangat
teruja," ujar Dixit.
Aktres tersebut turut menambah bahawa anak-anaknya amat gemar menari.
"Mereka terbabit dengan banyak aktiviti seni di sekolah dan apabila
pulang ke rumah, mereka akan membuat persembahan tarian di hadapan
saya," katanya sambil ketawa.
Selain Dixit, kerusi juri juga buat pertama kalinya akan diisi oleh
pengarah terkenal, Karan Johar. Hal itu membuatkan Dixit sedikit
terkejut dan dalam masa sama teruja untuk mengetahui bagaimana Johar
memberi penilaian terhadap para peserta program yang sedang menjalani
penggambaran sekarang.
No comments:
Post a Comment