Lebih memilukan apabila mangsa mendakwa diperlakukan demikian di depan ibu dan kakaknya dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu pemasaran berada di ruang tamu apabila tiba-tiba suaminya yang berusia 25 tahun dikatakan menegurnya berikutan bunyi televisyen yang dipasang kuat.
“Pasangan itu kemudian bertengkar mengenai bunyi televisyen sebelum si suami menuduh mangsa mencuri wangnya,” katanya.
“Mangsa menafikan mencuri wang berkenaan dan menjelaskan tidak tahu mengenai wang yang dikatakan hilang daripada simpanan di rumah mereka,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki berkenaan yang tidak dapat menerima penjelasan isterinya kemudian naik berang dan bertindak ganas dengan menampar dan menendang mangsa di seluruh badan.
“Kejadian itu turut disaksikan ibu dan kakak mangsa sebelum kedua-dua mereka cuba meleraikan pergaduhan itu.
“Ibu dan kakak mangsa terpaksa merayu supaya lelaki berkenaan menghentikan perbuatannya berikutan mangsa hamil di samping tidak tahan melihat mangsa yang separuh lembik.
“Malah, mangsa berhasrat menuntut cerai daripada suaminya dan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah tidak lama lagi,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
No comments:
Post a Comment