TAMPIN: “Beberapa jam selepas kejadian, suspek menyerah diri di
balai polis,” kata Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi
Cheang mengulas kejadian seorang perempuan menyembelih leher ibu
saudaranya dipercayai akibat perselisihan faham berhampiran pasar di
Jalan Gemencheh-Felda Bukit Rokan, di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, polis turut menemui pisau yang digunakan untuk
mengelar leher mangsa yang dibuang dalam kebun kelapa sawit di Felda
Sungai Kelamah, Gemas, di sini.
“Pemeriksaan awal
mendapati, suspek berusia 26 tahun datang ke sekolah itu untuk menemui
ibu saudaranya dipercayai untuk menyelesaikan perselisihan faham antara
mereka. “Bagaimanapun, bagi mengelak pertengkaran didengar orang
ramai, suspek mengajak mangsa menaiki kereta mangsa keluar dari kawasan
sekolah,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Wooi
berkata, sebaik memberhentikan kereta di bahu jalan 20 meter dari
kawasan sekolah berhampiran pasar, berlaku pertengkaran antara suspek
dengan mangsa. “Suspek mengeluarkan pisau sepanjang 60
sentimeter dan menyembelih leher sebelum menarik mangsa keluar dari
kereta dan meninggalkannya di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah
dan melarikan diri menggunakan kereta mangsa,” katanya.
No comments:
Post a Comment